Pemisah wap bahan api retak - Ferrari panggil balik dua ribu unit supercar di Amerika

oleh Mohamad Hanif|

Berikutan risiko kebakaran yang bakal menimpa sesetengah pemilik, Ferrari Amerika Utara membuat keputusan untuk memanggil kembali lebih 2,000 unit supercar seluruh Amerika Syarikat. 

Kempen panggil semula itu dilakukan berikutan laporan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) yang mendedahkan komponen pemisah wap bahan api yang mungkin retak. 

Kerosakan komponen ini memungkinkan gas-gas yang mudah terbakar terbocor keluar dan meningkatkan risiko kebakaran pada sesetengah model Ferrari. 

Antara yang terjejas akibat komponen ini termasuklah:

  • 488 GTB dan 488 Spider (MY 2018-2019)
  • 812 Superfast (MY 2018-2019)
  • GTC4Lusso (MY 2018-2019)
  • GTC4Lusso T (MY 2018-2019)
  • LaFerrari Aperta

*MY - tahun pembuatan
 


Ferrari telah menerima beberapa laporan daripada pemilik menerusi beberapa buah pengedar, dan masalah tersebut sudah pun diselesaikan di peringkat produksi lagi. 

Namun, masih terdapat kira-kira 2,150 buah model Ferrari di seluruh Amerika yang perlu dipanggil semula dan dibaiki. 

Proses penggantian komponen pemisah wap bahan api ini akan mula dilakukan menjelang bulan hadapan dan kos penggantian pula akan ditanggung oleh Ferrari. 
 


Sebelum ini, Ferrari turut mengalami masalah akibat kegagalan pintu dibuka dari dalam, sehingga memaksa pemilik kenderaan membuka pintu menggunakan pemegang pintu di bahagian luar. 

Isu terbabit melibatkan 582 unit Ferrari GTC4Lusso (MY 2017-2019) dan model GTC4Lusso T (MY 2018-2019). 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, satu panggil semula berkaitan tuil brek pernah dilakukan oleh Yamaha USA untuk model…
Berita Global
Nampaknya, para pemilik Scion FR-S dan Subaru BRZ di benua Amerika menghadapi masalah baharu…
Berita Global
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar online The Sun UK menyebut kira-kira 260,000 unit…