Pemilik Proton Perdana 2012 - 2018 digesa menukar inflator beg udara pada kadar segera!

oleh SALINA JALIL|
Proton meminta pemilik kereta Proton Perdana yang dikeluarkan antara tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018 supaya mengunjungi pusat servis Proton secepat mungkin untuk mengganti inflator beg udara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar kereta nasional itu berkata, servis baik pulih itu adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.

 

Katanya, semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuh raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) yang memerlukan penggantian inflator beg udara bukan kering.

 

"Syarikat telah memulakan proses penggantian sejak bulan Januari 2019," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata menerusi usaha sama kakitangan dan pengedar Proton, pihaknya telah berjaya menghubungi pelanggan dan melakukan penggantian inflator beg udara.

 

Katanya, sebanyak 6,342 kereta yang terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, pusat servisnya telah melakukan penggantian untuk 5,625 unit atau 87.5 peratus dari jumlah keseluruhan.

 

"Proton ingin menegaskan bahawa proses ini tidak membabitkan mana-mana model Proton yang lain kerana beg udara yang digunakan dibekalkan oleh pembekal yang berlainan.

 

"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan syarikat, oleh demikian, kawalan ketat telah diambil untuk memastikan tiada kemungkinan berlaku insiden yang tidak diingini

.

Tambahnya, pihaknya tidak dapat menghubungi semua pemilik Proton Perdana berikutan maklumat pemilik tidak lengkap.

 

"Oleh itu, kami ingin menyeru semua pemilik yang belum mengganti inflator beg udara mereka, hubungi pusat servis kami untuk membuat temu janji segera.

 

"Penukaran inflator beg udara ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam serta tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 pula tidak perlu menukar beg udara," katanya.

 

Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, dinasihatkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-888-398 atau e-mel [email protected].

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…