'Pembuli' pecahkan cermin kereta, ugut wanita akhirnya ditahan

oleh SALINA JALIL|
Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di Kota Bahru, Khamis lalu akhirnya ditahan polis.


Suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini.

 

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.

"Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah dan polis turut merampas pisau yang digunakan ketika hari kejadian.

 

"Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati negatif dadah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat.

 

Dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat sebelum dihimpit Toyota Vios yang dipandu individu tidak dikenali.
 

Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

 

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa membunyikan hon sehingga menimbulkan kemarahan kepada suspek.

 

"Saya mengingatkan kepada mereka yang melakukan buli di jalanan, kita akan memastikan mereka tidak akan terlepas dan akan menerima hukuman setimpal," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, susulan itu polis telah menjalankan serbuan ke rumah suspek di Nilam Puri di sini…
Berita Global
  Malah lelaki berkenaan turut memarahi wanita terbabit kerana meninggalkan anak lelaki yang…
Berita Domestik
Sebelum itu, mereka menahan sebuah kereta BMW yang didapati tidak mempamerkan cukai jalan serta…