Penumpang BMW biadap; tolak, maki, ugut anggota JPJ!

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki bertindak biadap apabila memaki hamun dan menolak anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kereta miliknya ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku pada 5.55 petang ketika mangsa bersama beberapa rakan tugas sedang melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebelum itu, mereka menahan sebuah kereta BMW yang didapati tidak mempamerkan cukai jalan serta cermin gelap.

 

Menurut sumber, seorang lelaki dipercayai pemandu kereta berkenaan memberhentikan kenderaan sebelum diberi penjelasan berhubung kesalahan dilakukan.

 

Katanya, ketika anggota JPJ sedang memberikan penjelasan, penumpang iaitu suspek tiba-tiba keluar dari kenderaan dan menengking anggota bertugas dengan kata-kata kesat.

 

"Ketika itu, suspek ada mengeluarkan kata-kata seperti 'tulis lah cepat sikit, saya banyak kerja lagi. Kalau setakat hendak saman RM10,000, RM10 juta aku boleh bayar' kepada anggota terbabit.

 

"Malah, beberapa minit kemudian, suspek dikatakan menghubungi seseorang disyaki kenalannya untuk mengadu mengenai kejadian itu, selain bertindak menolak mangsa sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan," katanya.

 

Sumber berkata, melihat keadaan semakin tegang, pegawai bertugas yang berada di lokasi sama cuba menenangkan keadaan dengan menjelaskan tindakan yang diambil pihaknya.

 

Namun, ia tidak diendahkan suspek, malah dia cuba menolak anggota bertugas tetapi sempat dihalang pemandunya.

 

Katanya, suspek kemudian mengajak pemandunya meninggalkan lokasi kejadian tanpa mengambil notis saman yang dikeluarkan.

 

"Susulan kejadian itu, pegawai JPJ yang bertugas membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anggotanya selain ingin menjaga maruah jabatan JPJ," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

 

 

HM

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…