PEMBELI KENA SCAM MILEAGE KERETA TERPAKAI

oleh Firdaus Razani|
Siapa sahaja tidak teruja apabila membeli kereta terpakai dengan perbatuan yang rendah dan tawaran harga yang menarik, apatah lagi ia sebuah model jenama luar negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli kereta terpakai atau berurusan dengan syarikat jual kereta terpakai.

Oktober lalu, seorang kakitangan swasta telah membeli kereta jenis Chevrolet Orlando berharga RM20,000 dengan tawaran menarik termasuk perbatuan rendah dicatatkannya.

 

fmt

 

Namun ia bertukar mimpi ngeri buat Indrawan Mohd Yatim, 53, apabila kenderaan keluaran 2013 dibeli dari penjual kereta terpakai itu sebenarnya telah melalui perjalanan sejauh 217,000 km bukan 81,000 km pada meternya.

Menurutnya, perkara itu diketahui apabila menghantar kereta itu ke pusat servis di mana dia diberitahu keadaan kenderaan itu ‘amat teruk’ tidak seperti digambarkan oleh penjual yang premisnya terletak di Kuala Lumpur.

“Saya semak ke scrut auto untuk semakan dan dapati kereta yang ketika diiklankan meter perbatuannya hanya 81,000 km tetapi sebenarnya lebih 200,000 km,” katanya yang memutuskan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk mendapat keadilan.

 

fmt

 

Indrawan juga mendakwa syarikat terbabit enggan mengakui kesalahan selepas dimaklumkan penemuannya.

Selepas melalui empat sesi pendengaran, Presiden Mahkamah TTPM Azlan Abdul Halim pada 3 April lalu mengumumkan pemilik syarikat penjual kereta terpakai itu perlu membayar award RM5,000 kepada Indrawan.

Indrawan berharap keputusan itu dapat menggerunkan penjual kereta lain cuba mengaut keuntungan dengan mengubah meter perbatuan kenderaan dan menghentikan taktik kotor berkenaan.

“Kesian kepada pengguna kalau itu satu-satu kereta yang dia ada, alat ganti pun bukan murah…nak tanggung ansuran bulanan lagi.

“Bagi saya itu penganiayaan dan pembulian,” katanya berharap kerajaan dapat mengambil tindakan kerana dikhuatiri taktik penipuan ‘mileage’ boleh menjadi semakin berleluasa dan melibatkan syarikat-syarikat penjual kereta terpakai terkenal.

Untuk bakal pembeli kereta, terutama sekali kereta terpakai, disarankan untuk lakukan semakan kepada kereta bagi mengetahui lebih terperinci mengenai status perbatuan kereta dengan melalui Scrut Auto.

Klik pautan untuk lebih lanjut ; scrutauto.com

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana…
Berita Domestik
Para pemilik model kereta terpakai bertauliah daripada portfolio BMW Premium Selection kini dapat…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, kabinet Jepun membuat keputusan untuk menyemak semula sekatan eksport ke…