Pemandu warga emas lawan arus sebab nyanyuk

oleh SALINA JALIL|
Foto ihsan pembaca
Polis telah mengeluarkan saman terhadap warga emas yang dikesan memandu kereta secara melawan arus di Kilometer 211, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara di sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tindakan diambil terhadap lelaki berusia 83 tahun itu mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung berjaya mengesan pemilik kereta jenis Mercedes-Benz itu selepas video cara pemanduannya itu tular di laman sosial pada Selasa.

 

"Polis menahan warga emas terbabit dan tindakan saman telah diambil atas kesalahan memandu melawan arus (abaikan isyarat lalu-lintas)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

 

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…
Informasi
“Buat masa ini kes masih dalam siasatan. “Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat…
Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…