Pemandu wanita mengaku bersalah, dihukum penjara enam tahun dan denda RM8,000

oleh SALINA JALIL|
Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.


Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah atas tuduhan dihadapi.
Modenas

Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga seorang pekerja kilang, membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kenderaan tiada cukai jalan serta insurans, selepas turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

 

Nur Fatin kini menjalani prosiding pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

 

Sabtu lalu, polis menahan wanita yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, hingga menyebabkan seorang anggota TLDM, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di lokasi kejadian.

 

Rakaman kemalangan itu tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat secara meluas.

 

- Dengan pelbagai kesalahan, hukuman dunia amat 'ringan' diberikan, semoga wanita ini menyesali perbuatannya dan menjadikan ia sebagai pengajaran sehingga akhir hayat - 

 

BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki…
Berita Domestik
Beliau berkata tiada ketetapan yang melarang penumpang duduk di sebelah pemandu sepanjang tempoh…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, berkata video berdurasi 36 saat…