Pemandu teksi Jepun dibenar halang pelanggan yang tidak memakai pelitup muka

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian pengangkutan Jepun baru-baru ini memberikan kebenaran kepada 10 syarikat pengusaha teksi di Tokyo supaya menyemak semula terma perkhidmatan yang membolehkan pemandu menolak penumpang yang enggan memakai pelitup muka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah kali pertama kementerian tersebut memberikan kebenaran kepada pengusaha teksi untuk menolak pelanggan yang tidak memakai pelitup muka.

Sebelum ini, pemandu teksi hanya dibenarkan untuk menolak penumpang daripada menggunakan perkhidmatan tersebut apabila didapati melakukan kekasaran atau membawa masuk barangan berbahaya ke dalam kereta.

Langkah tersebut dibuat setelah terdapat beberapa kes di mana penumpang memasuki dan menggunakan perkhidmatan teksi tanpa memakai pelitup muka di tengah-tengah wabak pandemik yang masih belum reda di negara tersebut.

Dengan perubahan peraturan ini, para pemandu teksi boleh menolak mana-mana penumpang yang tidak mahu memakai pelitup muka tanpa memberikan alasan yang munasabah, seperti contoh memiliki penyakit tertentu.

Sumber: Nippon.com

Berita Berkenaan

Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata,…
Berita Domestik
  "Pemandu berkenaan memberitahu dia ingin merentas negeri untuk menghantar barang kering ke…