Pemandu teksi, jurutol dan beberapa pekerjaan lain bakal lenyap 5 tahun lagi

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Banyak pekerjaan yang dikategorikan dalam industri perkhidmatan tradisional akan pupus dalam tempoh lima tahun akan datang sekali gus memberi impak kehilangan pekerjaan kepada rakyat.


Antara pekerjaan yang beri­siko lenyap dalam tempoh itu seperti pemandu teksi, jurutol, ejen khidmat agensi pelanco­ngan, kerani kaunter, juruwang di pasar raya serta restoran makanan segera dan pembantu pe­langgan di stesen minyak.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, jangkaan itu dibuat berikutan pekerjaan terbabit antara yang menerima impak maksimum daripada kemunculan dunia digital.

 

Menurutnya, banyak syarikat tidak mampu kekal dengan cara bisnes lama disebabkan faktor ekonomi, kehendak pengguna dan teknologi baharu.

 

“Perkembangan dunia digital khususnya dalam revolusi industri 4.0 telah mengubah landskap kerja ketika ini apabila banyak pekerjaan diambil alih oleh teknologi berbanding sebelum ini yang hanya menggunakan tenaga manusia.

 

“Kita memang tidak dapat elak perkembangan itu (dunia digital), jadi dalam tempoh lima tahun lagi, semua pekerjaan itu akan terhapus memandangkan ia akan dikawal oleh sistem online yang lebih cepat serta efektif,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

 

gambar hiasan

 

Mohd. Effendy berkata, antara contoh perkhidmatan yang mula diambil alih oleh teknologi digital ketika ialah servis pesanan di restoran makanan segera.

 

Ujarnya, ketika ini hampir semua restoran makanan segera sudah mula mengaplikasikan sistem layan diri dan tidak lagi menggunakan ramai pekerja untuk melayan pelanggan.

 

“Jika diimbas kembali beberapa tahun lalu, pesanan serta bayaran perlu dibuat secara bersemuka di kaunter. Jika ada lima kaunter, maka akan ada lima pekerja yang akan melayan setiap pelanggan bagi mempercepatkan pesanan.

 

“Namun kini, pelanggan hanya perlu membuat pesanan di me­sin layan diri dan seterusnya mengambil makanan di kaunter. Kebiasaannya hanya ada satu atau dua pekerja untuk menguruskan stesen itu,” ujarnya.

 

Katanya, walaupun beberapa pekerjaan terbabit mungkin pupus menjelang tahun 2026, namun ia akan diimbangkan dengan perkembangan ekonomi gig yang berupaya menjana lebih pendapatan khususnya buat mereka kehilangan kerja.

 

“Dalam konteks ini, ekonomi gig dapat diterjemahkan sebagai satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada orang ramai untuk melakukan lebih daripada satu pekerjaan pada satu-satu masa.

 

digital

 

 

“Maksudnya, rakyat terlibat dengan industri perkhidmatan tradisional mungkin kehilangan kerja, tetapi peluang pekerjaan baharu akan muncul menerusi ekonomi gig membolehkan mereka melakukan lebih daripada satu pekerjaan,” jelasnya.

 

Menurutnya, servis penghantaran makanan menggunakan aplikasi pesanan online adalah antara contoh ekonomi gig yang popular di Malaysia.

 

“Pekerjaan itu bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja, daripada satu sudut, ekonomi gig memang membunuh pekerjaan tradisio­nal, namun ia juga menawarkan pekerjaan lain untuk mengimbangkannnya,” jelasnya.

 

Sementara itu, pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran menasihati golongan pekerja khususnya yang berada dalam industri perkhidmatan tradisional untuk bersiap sedia dengan jangkaan kehilangan pekerjaan terbabit.

 

“Impak teknologi kepada bidang pekerjaan bukanlah satu perkara baharu, sebaliknya sudah dijangkakan. Apa yang pen­ting, persediaan rakyat dalam menghadapi situasi tersebut.

 

“Sebagai pekerja, mereka perlu mewujudkan nilai tambah dan tidak memfokuskan kepada sesuatu kepakaran sahaja. Contohnya, perlu ada kemahiran dalam bidang lain seperti teknologi maklumat dan sebagainya,” jelasnya.

 

Mohammad Shatar turut mengingatkan golongan graduan untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa supaya peluang mendapatkan kerja lebih cerah termasuk di luar negara.

 

Katanya, kebolehan berbahasa asing membolehkan mereka meluaskan kadar kebolehpasaran dan membina kerjaya di luar negara sekiranya sukar untuk mendapatkannya dalam negara selepas tamat belajar.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
  DUKE dalam satu kenyataan berkata, kakitangan yang juga juru tol di plaza itu kini sedang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia…