"Pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya malam tadi untuk memberi keterangan berkenaan kejadian.
"Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Memotong barisan)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Berdasarkan video tular terbabit, lelaki berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam itu datang dari arah kanan lalu cuba memotong semula ke kanan secara melulu lalu dihon sebuah kereta lain.
Akibat berang, pemandu Myvi terbabit dilihat menghayun tangan ke luar tingkap beberapa kali.
Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu, 5.47 petang ketika laluan berkenaan sesak dengan kenderaan.