Pemandu MINI maut rempuh tembok lorong SmartTAG LDP

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dekat sini, tengah malam tadi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Insiden dilaporkan jam 12.30 pagi ketika cuaca dalam keadaan baik.

Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan jenis MINI Cooper S dipandunya terbabas merempuh tembok di laluan SmartTAG.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Dia disahkan maut akibat kecederaan parah di badan dan kepala oleh paramedik selepas berjaya dikeluarkan anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail.

Mangsa dikenali sebagai Wong Kok Wai, 37 tahun, beralamat di Bandar Damansara Perdana.

Tiga lorong kanan di plaza tol itu ditutup sepenuhnya untuk siasatan kemalangan. Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan…
Berita Domestik
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, kemalangan itu berlaku…