Pemandu mabuk rempuh kereta peronda PDRM

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEMALAM tular di media sosial satu lagi kejadian pemandu mabuk melanggar kenderaan lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar kereta peronda polis di Kilometer 16.4, Lebuhraya Grand Sepadu, menghala ke Tol Bukit Raja, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi dipandu laju dan melanggar kereta peronda polis yang membuat kawalan terhadap sebuah kenderaan Land Rover.

Menurut Nurulhuda, ketika kejadian kereta peronda polis terbabit sedang memberi bantuan kepada Land Rover Balai Polis Seksyen 6 yang mengalami kerosakan.

“Hasil ujian pernafasan yang dilakukan terhadap pemandu kereta itu menunjukkan kandungan alkohol di bawah had ditetapkan dan saringan awal ujian air kencing adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan media.
 


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.

Tambahnya, pemandu berusia 25 tahun itu telah direman dua hari bagi membantu siasatan.
Persoalannnya sekarang, kejadian kemalangan disebabkan pemandu mabuk ini semakin kerap berlaku.

Tetapi jangan pula jadikan isu pemandu mabuk ini sebagai alasan marah dan menggesa masyarakat lebih fokus kepada penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…