Pemandu lori mabuk miliki 21 saman trafik

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu lori di bawah pengaruh alkohol yang terbabas ke laluan bertentangan hingga merempuh lima kenderaan di Kilometer 19 di Lebuh Raya Pasir Gudang, kelmarin mempunyai 21 rekod saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 37 tahun itu menerima rawatan di hospital bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

"Pemandu berkenaan dimasukkan ke hospital manakala mangsa lain cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, seorang pemandu lori dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan kenderaan berat itu terbabas ke laluan bertentangan sehingga merempuh lima kenderaan di Kilometer 19 Lebuh Pasir Gudang.

Kemalangan itu membabitkan lori jenis Scania dan lima kereta termasuk Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Alza, Proton Saga dan Proton Wira.

Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu lelaki berusia berumur 21 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan menghina dengan menunjukkan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah ini bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja…
Berita Domestik
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar…