Pemandu BMW lawan arus beri alasan panik akibat tersalah jalan

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu wanita, 41 tahun yang memandu BMW secara lawan arus di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu Ahad lepas memberikan alasan panik sehingga memasuki laluan bertentangan, menurut laporan Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata wanita yang bekerja sebagai pegawai bank itu dikatakan tersalah jalan selepas menjamu selera di sebuah restoran di Persiaran Karpal Singh di sini.

"Wanita itu mendakwa tersilap jalan dan panik sebelum masuk ke laluan bertentangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang dan memandu kira-kira lima kilometer sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kereta Perodua Bezza.
 

bmw


"Pemandu wanita itu turut mendakwa tidak tahu untuk berpatah balik dan meneruskan perjalanan, namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian (lawan arus) terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.

Dalam kemalangan kira-kira 12.30 tengah malam di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala ke pusat bandar itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Bezza mengalami kecederaan pada abdomen selepas keretanya bertembung dengan BMW itu.

Khaw berkata kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rakaman CCTV menunjukkan pemandu kereta tersebut gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan…
Berita Domestik
  Video tular kejadian itu yang dimuat naik di Twitter 'Nan Manjoi8715 kemudian dikesan polis pada…
Berita Domestik
  Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi hantaran Twitter memaklumkan…