Lelaki pukul pemandu wanita dengan topi keledar ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Tidak puas hati menyebabkan penunggang motosikal memukul pemandu wanita menggunakan topi keledar dalam insiden tular di Jalan Permatang Damar Laut, Batu Maung di Bayan Lepas, pada Khamis.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Video tular kejadian itu yang dimuat naik di Twitter 'Nan Manjoi8715 kemudian dikesan polis pada 9.13 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan awal mendapati suspek terdahulu tidak berpuas hati dengan pemandu kereta yang menyebabkan kemalangan.

Katanya, ia mendorong lelaki itu mencederakan wanita terbabit dengan topi keledar dan dia sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi talian 04-8662222.

 

- banyak betul kes pukul, tunjal wanita sejak kebelakangan ini, ingat ya seinci anda sentuh samada lelaki atau wanita, anda akan bermalam di 'dalam', sabar itu indah! -

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Video menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih…
Berita Domestik
  Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta jenis…
Informasi
    "Kita sudah memanggil kedua-dua pihak untuk dirakam percakapan dan hasil siasatan mendapati…