Pemandu Bezza dikejar 28 MPV polis ada 11 rekod lampau

oleh Penyumbang Rencana 2|
Polis mengesahkan pemandu Perodua Bezza yang melarikan diri dan dikejar 28 unit peronda polis (MPV) sehingga ke Cyberjaya, awal pagi tadi mempunyai 11 rekod lampau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, pemeriksaan turut menemukan sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan milik individu lain dan kad debit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.42 pagi selepas kenderaan dipandu suspek melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Utara di sini.

Kata beliau, suspek kemudian memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam, bagaimanapun ketika tiba di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, suspek merempuh anggota unit rondaan bermotosikal (URB) yang cuba menahan suspek.

“Susulan itu, hebahan bantuan dibuat dan beberapa kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Serdang dan Subang Jaya mengejar kereta Bezza tersebut dengan jarak 50 kilometer melalui Lebuhraya Damansara Puchong.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


“Kenderaan itu berjaya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau,  polis menahan seorang lelaki sebelum  direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kes ini juga disiasat ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,”jelasnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dikejar kira-kira lebih daripada 20 unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya, semalam.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, pemandu Bezza dilihat tetap meneruskan perjalanan meskipun dikejar oleh sepasukan polis. 

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Beliau berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terbalik setelah melanggar belakang…
Informasi
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! “Dengan keputusan ini,…