PEMANDU BAS MINI HONG KONG LANGGAR LARI 3 KENDERAAN DALAM 10 MINIT

oleh Firdaus Razani|
Polis Hong Kong baru-baru ini menahan seorang pemandu bas mini di Yuen Long berikutan beberapa siri kejadian langgar lari selepas bas mini terbabit melanggar kenderaan lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan sebuah kereta persendirian, serta menyebabkan empat orang cedera.

Pemandu bas berusia 64 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan berhampiran bulatan tidak jauh dari Castle Peak Road Tai Mei apabila ia bertembung dengan sebuah lagi bas mini berwarna hijau pada jam 12.27 tengah hari.

Kejadian itu telah mencederakan seorang lelaki dan dua penumpang wanita yang masing-masing berusia diantara 39 hingga 81 tahun dan seterusnya mereka dibawa ke Hospital Pok Oi.

Lapan minit selepas pemandu kenderaan tersebut meninggalkan tempat kejadian, dia telah melanggar bas dua tingkat KMB di Castle Peak Road Yuen Long.

DIa kemudiannya ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Tai Tong kerana disyaki memandu secara berbahaya dan gagal berhenti selepas kemalangan.

Menurut sumber, pemandu tersebut membawa bas mini itu kedai pemaikan untuk membaikinya, tetapi salah seorang pekerja rasa curiga dan enggan terhadap pemandu itu.

Kemudian, pekerja tersebut menghubungi kakitangan di terminal bas mini tersebut untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.

 

SUMBER : SouthChinaMorningPost

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga membuktikan Xpeng serius dalam usaha untuk memasarkan produk mereka untuk pasaran Panduan…
Berita Global
Plat tersebut merupakan salah satu daripada 49 nombor plat untuk direbut pada lelongan oleh jabatan…
Hezeri Samsuri
Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan Hong Kong benar-benar mendorong penjualan EV dengan memberikan…