Pelancaran rasmi kembar Mercedes-AMG A 45 S, CLA 45 S 1 Jun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat jentera pantas Mercedes-AMG apabila Mercedes-Benz Malaysia dalam satu jemputan kepada media mengesahkan kehadiran bukan satu, akan tetapi dua buah model kompak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, melihatkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan pada ketika ini, pihak Mercedes-Benz Malaysia akan membuat pelancaran secara langsung menerusi akaun rasmi Facebook dan Youtube MBM.

Kebiasaannya, pihak pengeluar tidak akan mendedahkan secara rasmi model yang bakal dilancarkan, namun berdasarkan gambar teaser yang disertakan, ia adalah petanda yang baik kehadiran dua buah model 'kembar' iaitu hot hatch Mercedes-AMG A 45 S dan Mercedes-AMG CLA 45 S.

 


Kedua-dua model tersebut diperkenalkan serentak pada bulan Julai tahun lalu dan membawakan nadi empat silinder sebaris serba baharu dari Mercedes, iaitu M139 dengan sesaran 2.0 liter dan dengan bantuan turbo.

Memandangkan MBM membawa masuk model versi 'S', tidak syak lagi kedua-dua model tersebut hadir dengan talaan tertinggi berkuasa 415 kuasa kuda dan 500 Nm yang memacu semua roda menerusi sistem pacuan 4MATIC+.

 


Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi klac berkembar automatik lapan nisbah kelajuan, membenarkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.9 saat (A 45 S) dan 4.0 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.

Antara peralatan standard yang dilengkapkan pada model kembar ini termasuklah AMG Dynamic Plus Package yang menambah brek hadapan yang lebih besar serta angkup brek monobloc enam omboh serta Drift Mod yang membenarkan aksi pemanduan yang lebih menyeronokkan.

 


Dengan pengenalan A 45 S dan CLA 45 S, ia bakal melengkapkan lagi keluarga pantas AMG di Malaysia setelah pelancaran model sedan A 35 AMG yang dibuat pada tahun lalu.

Sebagai rujukan, harga jualan bagi model Mercedes-AMG A 35 4MATIC bermula dari RM348,888.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…