Mercedes-AMG GT43 hadir dengan nadi 2.0L empat silinder - Hasilkan 416 HP dan 500 Nm

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes telah memperkenalkan model coupe aras mula, AMG GT43 2025 serba baharu yang tidak lagi menggunakan bentangan nadi V8, sebaliknya dikuasakan nadi 2.0 liter empat silinder sebaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak dilengkapi sistem pacuan semua (AWD), sebaliknya menggunakan tetapan pacuan roda belakang (RWD).

 

2

 

Dilengkapi asas enjin M139l yang sama seperti hot hatch AMG A45, nadi 2.0 liter empat silinder sebaris pada AMG GT43 dipadankan dengan transmisi automatik DCT 9 kelajuan bersama sistem hibrid ringan, menghasilkan 416 HP dan 500 Nm.

Digelar sebagai enjin empat silinder versi produksi paling berkuasa di dunia, enjin M139l turut digunakan pada beberapa model prestasi lain seperti C63 dan GLC63.

 

3

 

Mercedes-AMG bagaimanapun tidak mendedahkan secara rasmi mengenai angkat berat coupe aras mula itu, namun ianya pasti lebih ringan dengan ketiadaan empat omboh dan sistem AWD yand ada pada GT63.

Sebagai permulaan, Mercedes-AMG GT43 akan diperkenalkan untuk pasaran Eropah di mana ia akan dijual dengan tetapan dua tempat duduk dan pilihan tambahan konfigurasi 2+2.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…