Pelancaran rasmi Ford Ranger FX4 dalam talian 3 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Ford Ranger FX4 yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2020 menerusi Facebook Live dan juga Youtube.

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion berkata, "dengan norma baharu yang diamalkan kini, kami turut mempraktikkan cara baharu dalam memberikan keseronokan kepada para pelanggan, dan ini sekaligus menjadikan trak pikap pertama yang dilancarkan secara langsung dalam talian.

Ford Ranger FX4 direka untuk para pelanggan yang gemar menikmati pengembaraan hidup bersama trak mereka, dilengkapi dengan pelbagai ciri unik dan baharu serta rupa bentuk yang lasak dan mantap.

 


Sinonim dengan 'Built Ford Tough', Ford Ranger FX4 didatangkan dengan pelbagai teknologi pintar seperti:

  • 4x4 Shift-On-The-Fly
  • bilah pengelap dengan ciri pengesan hujan
  • stereng elektrik berkuasa (EPAS)
  • lampu nyalaan siang LED

Dari segi keselamatan, Ranger FX4 hadir dengan dua beg udara hadapan, Limited Slip Differential, Kawalan Menurun Bukit, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Bantuan Brek Kecemasan, Sistem Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.

 


150 pelangan pertama yang berjaya membeli Ford Ranger FX4 akan dihadiahkan pakej aksesori bernilai RM5,398 yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Bar sporti hitam dan pelekat cermin gelap eksklusif
  • Perakam Video Digital (DVR) berdefinisi tinggi (HD), sudut pandangan lebar, ramakan waktu malam, sambungan kepada peranti pintar serta kad memori 8GB.

Untuk tempahan awal sebelum pelancaran, para pelanggan boleh menghubungi Jurujual Digital di talian +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang, Isnin sehingga Jumaat kecuali pada cuti umum.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi luaran, Ford Ranger FX4 didatangkan dengan penggayaan yang tersendiri seperti reka bentuk…