Ford Ranger FX4 2020 rasmi dilancarkan - bermula dari RM126,888

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara yang disiarkan di laman Facebook dan YouTube, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah melancarkan Ford Ranger FX4 untuk pasaran Malaysia, sekaligus menjadi trak pikap pertama yang dilancarkan serentak di dalam talian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, Ford Ranger FX4 didatangkan dengan penggayaan yang tersendiri seperti reka bentuk gril baharu Ebony Black, rim hitam yang dibaluti tayar All-Terrain, pelekat FX4 serta emblem yang menonjol dan membezakan antara varian Ranger yang lain.

 


Ruang dalaman juga turut dihiasi dengan identiti FX4 seperti logo yang terdapat tempat duduk dengan jahitan kontras pada tempat seperti tombol gear, konsol tengah, panel instrumen, trim pintu, brek tangan dan roda stereng.

Akhir sekali, Ford Ranger FX4 didatangkan dengan lapik karpet bagi memberikan ciri ruang dalaman yang premium seumpama sebuah kereta.

 


Dari segi kuasa, Ford Ranger FX4 menampilkan enjin Duratorq 2.2 liter diesel yang mampu menjana 160 PS dan daya kilas 385 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Antara ciri moden yang didatangkan termasuklah skrin sentuh bersaiz 8 inci, perisian multimedia SYNC dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem shift-on-the-fly 4x4 elektronik, lampu nyalaan siang dan bilah pengilap dengan pengesan hujan.

 


Sebagai sebuah trak pikap kegunaan harian, Ford Ranger FX4 dilengkapi dengan ciri seperti dua beg udara, Limited Slip Differential, Kawalan Menurun Bukit, Bantuan Mula Mendaki, brek ABS, ESC, Bantuan Brek Kecemasan, Pengagihan Daya Brek Elektronik, 'Rollover Mitigation', Kawalan Ayunan Treler, serta cagak ISOFIX.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, 150 orang pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 akan menerima pakej aksesori bernilai RM5,398 seperti:

  • bar sporti berwarna hitam
  • lapisan cermin penghadang haba
  • perakam video digital DVR

 


Harga jualan Ford Ranger FX4 bermula dari RM126,888 dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 km yang mana terdahulu.

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi Jurujual Digital Ford di talian +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat untuk menjadi antara 150 pembeli terawal.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion berkata, "dengan…