Pelaksanaan laluan kontra di Lebuhraya Shah Alam (LSA) disambung

oleh Danial Yasin Suhaimi|
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) hari ini memaklumkan tarikh baru pelaksanaan laluan kontra di Lebuhraya Shah Alam (LSA) secara berperingkat.

Pelaksanaan laluan kontra tersebut bermula dari KM23.0 hingga KM23.5 bagi kedua-dua arah yang akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:

  • Laluan kontra arah Timur (arah Subang/Kuala Lumpur) - 18 Mei 2023
  • Laluan kontra arah Barat (arah Shah Alam/Klang) - 21 Mei 2023

 

2

 

Pelaksanaan laluan kontra itu akan dilakukan bermula jam 10 malam hingga 5 pagi.

Pelaksanaan laluan kontra itu bagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan merentasi Lebuhraya Shah Alam (LSA) bagi projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) dijalankan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengecualian…
Berita Domestik
Pelaksanaan laluan kontra tersebut bermula dari KM23.0 hingga KM23.5 bagi kedua-dua arah yang akan…