WCE SEKSYEN 11 DIBUKA ESOK, TOL PERCUMA DUA BULAN

oleh Firdaus Razani|
SEKSYEN 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka dan boleh mula digunakan bermula tengah malam ini.



MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga pengguna boleh menikmati tol percuma  dari persimpangan Taiping Selatan, Trong dan Bruas selama dua bulan bermula dari 12 Mac hingga 11 Mei.

 

wce

 

"Sempena umat Islam mula menyambut Ramadan esok, kerajaan akan berikan berita gembira dengan pengecualian tol selama dua bulan bermula 12.01 tengah 13 Mac malam hingga 11.59 malam pada 11 Mei.

"Kita berharap ia akan memudahkan pengguna terutama dari Lembah Klang yang akan ke utara sepanjang dua bulan ini terutama ketika sambutan Aidil Fitri nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 11, di Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas hari ini.

Menurut Nanta, WCE merupakan laluan alternatif terbaru yang menghubungkan antara Selangor dan Perak melibatkan pembinaan jajaran lebuh raya merangkumi Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang di Selangor.

 

wce

 

Jelas beliau,jajaran tersebut kemjudian melewati Hutan Melintang, Teluk Intan, Seri Manjung, Beruas sehingga ke Taiping di Perak.

“Selaras dengan misi Kementerian Kerja Raya untuk memperkasakan pembangunan infrastruktur dan memperluaskan rangkaian jalan raya, WCE dibina dengan matlamat sebagai laluan alternatif dalam mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas sekaligus menambah baik jaringan perhubungan atau inter-connectivity negara,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa membuat kajian aliran trafik berdasarkan kapasiti sedia ada berbanding bilangan kenderaan di jalanraya.

 

wce

 

Kementerian juga katanya, sentiasa memantau isu-isu  berkaitan kesesakan dan kemalangan jalan raya yang sering melibatkan kenderaan berat di lebuhraya.

Justeru Nanta sangat mengalu-alukan kenderaan logistik untuk menggunakan WCE ekoran laluan terbabit yang kurang berbukit memberi kelebihan kepada kenderaan berat bergerak.

“Lebuhraya WCE ini antara yang terhasil sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Atas dasar itu, ingin saya sarankan kepada rangkaian logistik bagi kenderaan berat agar dapat menjadikan laluan ini sebagai pilihan, terutamanya yang menghala ke Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Teluk Intan dan Pelabuhan Klang.

“Ini bagi mengelakkan laluan mendaki atau berbukit di samping mengoptimakan kos operasi serta dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat kepada pengguna,” katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, Lebuhraya WCE menggesa semua pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengecualian…