PDRM terima 500 ribu permohonan, pergerakan merentas negeri 7-10 Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira seminggu selepas permohonan merentas negeri dibuka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun mencatatkan permohonan berjumlah 500,000 mereka yang terkandas di kampung untuk pulang ke bandar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak PDRM akan menyediakan jadual perjalanan pulang bagi warga bandar dari kampung dalam masa terdekat.

Tambah beliau lagi, tarikh pergerakan untuk perjalanan pulang ke bandar akan bermula pada 7-10 Mei 2020.

Walaupun operasi pejabat awam bermula pada Isnin ini (4 Mei), kakitangan yang masih berada di kampung tidak perlu tergesa-gesa melakukan perjalanan dan boleh mula bekerja pada 11 Mei ini.

Kerajaan juga akan meminta syarikat swasta supaya memberikan kebenaran untuk kakitangan yang terkandas mula bekerja selepas jadual perjalanan pulang (7-10 Mei).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Suka kami ingatkan bahawa perjalanan merentas negeri ini hanya terpakai kepada mereka yang telah…