PDRM keluar garis panduan perjalanan merentas negeri

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini, pihak Bukit Aman telah pun mengeluarkan garis panduan perjalanan merentas negeri yang akan bermula antara 7-10 Mei 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suka kami ingatkan bahawa perjalanan merentas negeri ini hanya terpakai kepada mereka yang telah berdaftar menggunakan aplikasi Gerak Malaysia, di mana daripada sejuta permohonan yang diterima, 462,505 daripadanya merupakan permohonan pergerakan antara negeri.

Berikut merupakan jadual perjalanan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PDRM:

  • Dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara: 7 Mei 2020
  • Dari Perak, Johor dan Kelantan: 8 Mei 2020
  • Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang: 9 Mei 2020
  • Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu: 10 Mei 2020

Orang ramai diminta mengemaskini terlebih dahulu kepada aplikasi Gerak Malaysia versi 2.0, serta maklumat destinasi yang dituju bermula tarikh 4-5 Mei ini.

Bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia boleh membuat permohonan secara bertulis di balai polis berdekatan.

Sementara itu, borang manual perjalanan merentas negeri boleh dimuat turun menerusi laman Facebook dan Twitter PDRM bermula hari ini (3 Mei 2020).

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya tersebut…
Informasi
  "Kekerapan tren setiap 30 minit semasa waktu puncak pada hari biasa dan setiap 60 minit di luar…
Berita Domestik
    Pusingan pertama dan pembuka tirai ARRC 2020 sempat berlangsung di litar Sepang awal Mac lalu…