PDRM - Pengguna gagal pamer cukai jalan digital tidak dikenakan tindakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Perkara itu disahkan pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berhubung kekeliruan dan berlaku sedikit 'kekalutan' melibatkan perkara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, JSPT telah melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital seperti mana diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini.

"Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

"Namun begitu, pengguna jalan raya disaran untuk menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kenderaan yang diperiksa.

"Ia bertujuan memastikan kesahihan dan keselamatan pemiliknya yang sah dan seterusnya mengesahkan ia juga bukan kenderaan hilang akibat kes kecurian," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Nasri berkata, JSPT mempunyai aplikasi yang menghubungkan data maklumat kenderaan dan lesen memandu diuruskan pihak JPJ.

Oleh yang demikian kata beliau, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau 'screen shot' oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT.

"Screen shot oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT bagi membuktikan kenderaan tersebut adalah miliknya," ujarnya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…