Pasukan Mission Winnow Ducati uji jentera MotoGP di Sepang Februari ini

oleh Mohamad Hanif|

Pasukan Mission Winnow Ducati MotoGP yang terdiri daripada pelumba Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci dijangka bakal ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menguji jentera lumba mereka bermula 6-9 Februari ini. 

Penubuhan pasukan MissioN Winnow Ducati ini diumumkan baru-baru ini di Philip Morris International's Research and Development, Neuchatel, Switzerland. 

Dalam masa yang sama, kedua-dua pelumba turut sama mendedahkan jentera baharu Desmosedici GP19 yang garang dilayangkan dengan warna merah di hadapan media antarabangsa, tetamu, penaja dan juga rakan kongsi. 
 


Menurut Presiden bahagian Science and Innovation PMI, Miroslaw Zielinski menjelaskan, "Dengan pengalaman selama 70 tahun di dalam bidang perlumbaan, Mission Winnow ini adalah cara Ducati mencari jalan terbaik untuk membuktikan sesuatu.

CEO Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali berkata, "Desmosedici GP (musim lalu) mampu membuktikan untuk memberikan persaingan di dalam litar, namun kami (Ducati) mahukan lebih daripada itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada semua rakan kerjasama untuk musim baharu MotoGP, terutama kepada Audi Sport selaku penaja utama bermula musim ini. 
 


Sempena musim MotoGP 2019 dan juga perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Ducati Malaysia menawarkan promosi eksklusif berupa rebat sehingga RM8,000 atau riding gear Ducati eksklusif apabila anda membeli motosikal baharu Ducati. 

Antara model yang tertakluk kepada promosi CNY Balik Kampung Special ini termasuklah: 

  • Panigale V4S
  • Multistrada 1200 Enduro
  • Scrabler 1100 Sport
  • Hypermotard 939
  • 959 Panigale Corse
     

Promosi ini terhad bermula 26 sehingga 27 Januari 2019 ini sahaja.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Grafik baharu itu bukan pelekat biasa tetapi menggunakan pelekat air (water decals - imej…
Berita Global
  Walaupun warna merah padanan sempurna untuk Ducati, entah kenapa warna putih juga mampu…
Berita Domestik
Acara itu telah menghimpunkan penunggang dengan pelbagai model Ducati dari seluruh dunia, termasuk…