Pasarana yakin Belanjawan 2019 rangsang peningkatan penggunaan pengangkutan awam

oleh Mohamad Hanif|
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam utama negara menyambut baik langkah kerajaan memperuntukan RM240juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL mulai 1 Januari 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, pelaksanaan pas bulanan tanpa had ini akan memberi manfaat kepada hampir satu juta pengguna harian perkhidmatan Rapid KL.


Dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng turut mengumumkan pengenalan pas bulanan RM50 tanpa had bagi perjalanan meliputi perkhidmatan bas Rapid KL.

Prasarana yakin dengan pengenalan inisiatif ini dapat menggalakan lagi penduduk di Lembah Klang untuk memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama mod pengangkutan bukan sahaja untuk pergi dan balik dari tempat kerja, malah untuk beriadah pada hujung minggu. 

Pengenalan pas ini akan memberi manfaat dari segi penjimatan tambang, serta dapat mengurangkan jumlah kenderaan dan kesesakan di dalam pusat bandar serta sekaligus merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah bandaraya Kuala Lumpur bebas karbon.


 


Selain itu, Prasarana juga bertekad untuk memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya asset terkini yang merangkumi 1,131 bas Rapid KL, 408 bas Rapid Penang, 69 bas Rapid Kuantan, dan 300 bas perantara MRT seperti diumumkan Menteri Kewangan.

Prasarana turut bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat bas swasta seperti mana yang diumumkan untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan serta mengawal kos, bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

Penambahbaikan perkhidmatan Bas Go KL dengan peruntukan sebanyak RM20 juta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dapat membantu menambah baik liputan rangkaian pengangkutan awam di mana laluan ini dijangka akan dapat meliputi lebih banyak stesen transit rel dan hab bas utama di pusat bandar.
 


Prasarana komited untuk menawarkan perkhidmatan yang akan ditambah ini dengan memberikan kualiti perkhidmatan bas yang tinggi bagi keselesaan penduduk Kuala Lumpur khususnya dan penduduk Lembah Kelang amnya.

Prasarana juga turut menyambut baik hasrat kerajaan meneruskan projek LRT3 sepanjang 37 km dengan pengurangan kos daripada RM31.6 billion kepada RM16.6 billion dan yakin projek LRT3 akan melengkapkan lagi rangkaian pengangkutan awam bandar bagi koridor Bandar Utama melalui Shah Alam hingga ke Klang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Prasarana…
Berita Domestik
  Menurutnya, pas tersebut adalah bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth dan Padang…