KTMB tawar penjimatan sehingga 33% bagi perkhidmatan komuter utara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook KTMB
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan komuter utara bakal menikmati penjimatan kos perjalanan sehingga 33 peratus bagi pas perjalanan mingguan dan bulanan.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, ia merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk meringankan beban pengguna pengangkutan awam itu di zon utara pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pas Perjalanan Bulanan KTM Komuter Sektor Utara di Stesen KTM Bukit Mertajam pada Selasa.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, pas tersebut adalah bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth dan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas.


Pas ini akan memberi penjimatan kepada pengguna iaitu penjimatan kos perjalanan sehingga 33 peratus berbanding pembelian tiket harian.


Pas ini adalah satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh KTMB dalam usaha memberi kemudahan perjalanan yang lebih mampan dan menjimatkan kepada pengguna komuter utara, khususnya menurut kata Mohd Rani.


Pas tersebut melibatkan 38 perjalanan sehari bagi laluan-laluan tersebut.


Setakat Oktober tahun ini, seramai 1,333,602 pengguna telah berdaftar dengan sistem aplikasi pembelian tiket, KTMB Integrated Ticketing System (KITS). 


Dengan kemudahan tersebut, pengguna tidak perlu lagi beratur di kaunter untuk mendapatkan tiket harian mereka. Dengan pas ini, perjalanan harian pengguna lebih lancar, cepat dan selamat.


Mohd Rani turut berkata untuk menggalakkan penggunaan pas mingguan dan bulanan ini, KTM Komuter juga mengadakan Program Pemilihan Penumpang Bertuah bagi mereka yang mendapatkan pas bulanan terawal melalui atas talian. 


Pemilihan dibuat berdasarkan rekod pembelian pengguna.
 

gambar dari Facebook KTMB

 

KTMB juga mengumumkan akan menambah 10 jumlah perjalanan kepada 32 perjalanan sedia ada bermula 18 hingga 20 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Untuk makluman, KTMB menyediakan 32 jumlah perjalanan iaitu daripada KL Sentral-Padang Besar dan akan menambah 10 lagi perjalanan pada PRU15, ini menjadikan jumlah keseluruhan 42 perjalanan. Bagaimanapun, tiada diskaun tambang ditawarkan.


Beliau turut berkata bahawa KTMB juga akan menyediakan perkhidmatan tren khas Keluarga Malaysia ke Pantai Timur iaitu KL Sentral- Tumpat, pada tempoh yang sama iaitu 18 hingga 20 November. 


Ini adalah inisiatif bagi memberi kemudahan kepada mereka yang akan pulang ke negeri masing-masing, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15," katanya lagi.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…
Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…