Pandu Uji: Proton X90 - SUV segmen D paling berbaloi dimiliki?

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun ini, Proton telah melakarkan satu lagi sejarah baharu melalui pelancaran model SUV segmen D yang juga merupakan model hibrid ringan pertamanya, Proton X90.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Ditawarkan dengan 4 varian, harga bagi Proton X90 bermula dari RM123,800 untuk varian Standard, RM130,800 untuk varian Executive, RM144,800 untuk varian Premium, dan RM152,800 untuk varian Flagship.

Baru-baru ini, pihak media telah dijemput untuk merasai pengalaman pemanduan SUV tiga baris tempat duduk itu melalui perjalanan 2 hari 1 malam ke Pahang.

 

2

 

Dilancarkan serentak dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-40, X90 menjadi model pertama Proton yang menggunakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 V, dimana kesemua varian menerima pilihan trenkuasa yang sama.

Sistem EMS 48 V itu terdiri daripada enjin 1.5 L TGDi, motor elektrik Belt-Starter Generator (BSG) 48 V, Bateri Lithium-ion 48 V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan juga Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Secara keseluruhan, gabungan trenkuasa itu mampu menghasilkan 190 PS dan 300 Nm, di mana sistem EMS 48V membantu menyediakan kuasa tambahan sebanyak 13 PS dan 45 Nm, sekaligus memberikan lebih penjimatan bahan api.

 

3

 

Trenkuasa kuasa itu dipadankan dengan transmisi automatik jenis klac berkembar tujuh kelajuan yang telah dioptimasikan untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik.

Berikut merupakan ulasan ringkas yang mampu diterjemahkan melalui pengalaman penulis:

Tetapan sistem gantungan yang dipertingkat

Kita sedia maklum bahawa model X90 diasaskan dari model Geely Haoyue dengan hampir 90 peratus persamaan.

Apa yang menariknya, Proton X90 telah dipertingkatkan dengan suspensi jenis multi-link di belakang, berbanding jenis torsion beam yang digunakan Haoyue.

 

4

 

Pastinya tetapan jenis multi-link itu dapat menyumbang kepada kendalian lebih stabil dan keselesaan yang lebih baik.

Melalui selekoh-selekoh di Lebuhraya Karak, X90 dapat dikawal dengan baik, namun olengan badan tetap dapat dirasai, biasalah bagi sebuah SUV dalam segmennya.

Bantuan pemanduan yang lebih canggih

Seperti kebanyakan model-model baharu dalam segmennya, Proton X90 turut sarat dengan pelbagai ciri bantuan pemanduan dan keselamatan.

Antara yang kini dipertingkatkan ialah fungsi Intelligent Cruise Control (ICC) yang amat membantu semasa kesesakan dalam perjalanan, ditambah lagi dengan fungsi Lane Centering Control (LCC).

 

5

 

Ruang kargo agak terhad

Isu bagi ruang kargo bukanlah perkara baharu bagi sebuah SUV terutama sekali dengan tiga baris tempat duduk.

Seperti kebanyakan model lain, ruang kargo X90 juga boleh diluaskan dengan melipat tempat duduk di barisan ketiga, tentu sekali anda perlu korbankan jumlah penumpang.

 

4

 

Tambahan pula untuk varian Flagship yang didatangkan dengan kerusi kaptain di barisan kedua.

Walaupun menggunakan tetapan suspensi jenis multi-link, ruang kargonya masih sama seperti kembarnya iaitu Haoyue yang menggunakan tetapan jenis torsion beam.

Tahap NVH hampir saingi jenama premium

Tentu sekali antara perkara penting, tahap NVH (Noise, Vibration, and Harshness) amat memuaskan selaku SUV segmen D paling murah.

Walaupun dengan kelajuan melebihi sedikit had laju kebangsaan, bunyi yang dihasilkan dari enjin dan persekitaran luaran tidak terlalu kedengaran.

 

6

 

Namun pastinya, pada kelajuan lebih tinggi jelas kedengaran bunyi enjin 3 silinder itu sedang bekerja kuat.

Ruang dalaman yang premium

Pada bahagian dalaman, tidak banyak yang penulis ingin ulas kerana seperti kebanyakan jenama, X90 juga mengikut trend terkini dengan rekaan mewah yang premium.

Namun cantik itu subjektif, bagi penulis, skema warna pada ruang kabin dan tempat duduk itu tampak eksklusif dan menawan.

Ditambah pula dengan skrin infotainment bersaiz 12.3 inci, di mana ianya didatangkan standard untuk semua varian.

 

7

 

Berdasarkan pandu uji ringkas ini, penulis dapat rasakan X90 ialah SUV segmen D paling berbaloi untuk dimiliki dengan nilai yang ditawarkan.

Diharap Proton akan terus meningkatkan lagi mutu dan kualiti produknya, serta perkhidmatan selepas servisnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…
Berita Domestik
Dengan volum yang berkembang pesat pada tahun 2022 (5,406 unit) dengan 79 peratus peningkatan…