Pandu secara melulu, polis bantuan berlagak tunjuk kad kuasa

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan perselisihan faham antara dua orang pemandu kereta di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan Buletin TV3 menyebut, identiti lelaki tular berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa disahkan sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, “hasil semakan, pada 30 April, satu laporan polis diterima oleh anggota Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku membabitkan sebuah Honda City yang dipandu secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan mendakwa mangsa mengganggu laluannya tanpa memberi isyarat sebelum mengubah arah.

“Oleh sebab itu, suspek bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya mangsa berhenti.

“Semakan mendapati suspek adalah seorang anggota polis bantuan sebuah bank,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk kepada agensi polis bantuan berkenaan bertugas untuk tindakan lanjut.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kereta itu telah diparkir di hadapan sebuah surau di Batu Caves sejak 2014.   Ketua Polis…
Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad…