Parkir di petak OKU - motosikal polis disahkan kepunyaan polis bantuan TPM

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah motosikal polis yang diletakkan di petak parkir OKU Petronas Technology Park Malaysia (TPM) disahkan kepunyaan pasukan polis bantuan TPM.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad, laporan berkenaan kes tersebut telah pun diterima oleh OCPD Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon. 

Gambar yang berlegar di media sosial mencetuskan buah mulut di kalangan netizen di mana tidak seharusnya seorang petugas awam menyalahgunakan petak parkir OKU untuk menjalankan tugas. 

 

Sumber gambar: Noraishah Mydin Abd Aziz