Pakar keselamatan ini jelaskan kenapa Tesla Cybertruck 'haram' di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Serba tak kena.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itulah yang sebenarnya cuba digambarkan pada trak pikap terbaharu Tesla Cybertruck, bermula dari reka bentuk yang pelik dan aneh, saiz yang besar serta ciri cermin kalis peluru yang cuba dibawakan. 

Pun begitu, tanpa sebarang pemasaran dan pengiklanan, Elon Musk berjaya mendapat perhatian yang diinginkan, ditambah pula dengan kadar tempahan yang diterima dalam masa beberapa jam selepas pengenalan trak pikap tersebut. 

Namun, mampukah ia melepasi ujian dunia sebenar? 
 


Menurut Stefan Teller, pakar homologasi di agensi keselamatan berwajib SGS-TUV Saar GmbH seperti yang dipetik dari Automobilwoche berkata, Tesla berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk menjual Cybertruck di Eropah. 

"Trak Cybertruck perlu menjalani modifikasi besar-besaran kepada struktur asas, ini kerana konsep asas Tesla sebenarnya sangat bertentangan dengan falsafah keselamatan yang diamalkan di Eropah.

"Tatkala penumpang rasa selamat di dalam, hakikatnya tidak," tambah beliau lagi. 

"Rekaan hadapan kenderaan juga tidak seharusnya terlalu keras, bumper dan hud juga perlu mempunyai kemampuan untuk menyerap tenaga hentakan bagi melindungi pejalan kaki.
 


Jika mengikut penerangan daripada Elon Musk, bahagian luaran Tesla Cybertruck menggunakan bahan keluli kalis karat yang keras dan tidak akan terkemik dalam apa jua impak hentakan, dan keadaan ini akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada pejalan kaki atau penumpang. 

"Walaupun dengan kehadiran beg udara, ia tidak akan membantu dari aspek keselamatan, jadi badan Cybertruck ini sebenarnya merupakan satu halangan utama," tambah beliau lagi. 

Menurut Stefan Teller lagi, terdapat perbezaan besar antara ujian keselamatan yang diamalkan di Amerika Syarikat berbanding dengan regulasi homologasi Eropah, dimana terdapat kira-kira 50 sehingga 60 regulasi yang perlu dipatuhi untuk sesebuah kenderaan.

 


Untuk memasuki pasaran Eropah, Tesla mungkin boleh menawarkan Cybertruck sebagai sebuah kenderaan berperisai dalam unit yang terhad, namun ia tidak akan dapat diluluskan sebagai sebuah kenderaan produksi massa. 

Sumber: Automobilewoche menerusi CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga…