Operator stesen minyak kongsi pendapat bersama Tun

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lima wakil Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) berjumpa dengan Tun Mahathir pagi tadi untuk menyatakan kebimbangan mereka berkaitan harga terapung mingguan untuk bahanapi.

Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan empat yang lain bertemu Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Perdana Putra selama 45 minit sebelum Tun mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.

"Kami membincangkan cadangan-cadangan kami dan juga kebimbangan kami," ujar Khairul kepada Bernama.

Minggu lalu PDAM meminta kerajaan menaikan komisen jualan bahanapi kepada pengusaha stesen minyak agar ia mampu mengurangkan kerugian kerana harga apungan tersebut.

Syabas kepada PDAM kerana berjaya melobi kabinet untuk mendengar keluhan mereka.

Diharapkan akan ada pihak yang mampu bertemu dengan Perdana Menteri untuk mewakili pihak pengguna pula.

* Gambar utama dari The Star
 

Berita Berkenaan

Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak…
Informasi
  Promosi terkini dari Shell dan Shopee adalah pulangan tunai sebanyak RM4.00 yang telah bermula…