Petronas temui minyak di lapangan Sépia, Brazil

oleh Penyumbang Rencana|
Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di lapangan minyak pragaram Sépia, Brazil.


Telaga itu terletak di Lembangan Santos yang prolifik, kira-kira 250 kilometer (km) dari pantai Rio de Jenerio, pada kedalaman kira-kira 2,000 meter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) (Petrobras, 100 peratus) dan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia yang diberikan kepada Petrobras (30 peratus), TotalEnergies (28 peratus) dan PBBL (21 peratus) dengan Pré-Sal Petróleo S.A. (PPSA) sebagai pengurus.

 

PPBL dan rakan kongsi konsortiumnya memenangi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan ToR Sépia semasa Pusingan Pembidaan Lebihan Pemindahan Hak Kedua Brazil yang diadakan di Rio de Jeneiro pada 2021.

 

Naib Presiden Penerokaan Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, "Kami amat bersemangat dengan penemuan penting di salah satu basin paling prolifik di dunia. Petronas dan rakan kongsi akan terus bekerjasama rapat, bersama-sama dengan kerajaan tuan rumah, untuk membuka lebih banyak penciptaan nilai dan pencapaian bersama-sama".

 

"Petronas juga akan meneruskan usaha penyahkarbon untuk membangunkan lapangan Sépia secara mampan, sambil mengukuhkan portfolio kami di negara ini. Ini selaras dengan strategi pertumbuhan global kami," katanya.

 

Syabas dan tahniah Petronas

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…