Kemalangan maut pula dipercayai berlaku kerana sikap pemanduan yang tidak berhemah. Namun begitu, Azisman menegaskan siasatan masih dilakukan.
"Matlamat kami ialah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut," ujarnya kepada media selepas majlis berbuka puasa di R&R Kinrara semalam.
Beliau kemudian menambah bahawa pihak polis akan menempatkan kamera-kamera perangkap had laju di beberapa lokasi strategik di semua lebuhraya di seluruh negara.
"Kami mahu mendidik, bukannya menghukum. Pemandu yang melakukan kesalahan ketika Op Selamat 15/2019 berjalan akan dikenakan saman RM300 tanpa diskaun," tambahnya.
Aziman juga menegaskan, tiada lorong kecemasan dibuka untuk kenderaan awam sewaktu musim Op Selamat 15/2019 ini berlangsung.
"Jika berlaku kesesakan luarbiasa, pihak polis mempunyai pendekatan tertentu untuk menentukan kelancaran trafik. Pengguna diingatkan agar jangan menggunakan lorong kecemasan," tegas Azisman.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah pun menyenaraikan enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15/2019 yang bermula dari Rabu lalu sehingga 12 Jun depan.
- Memandu di lorong kecemasan
- Memotong di garisan berkembar
- Menggunakan telefon bimbit
- Memotong barisan (queue)
- Memandu laju
- Tidak mematuhi lampu isyarat