‘Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah’ - Lima pemandu mabuk ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seramai lima lelaki ditahan dalam ‘Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah’ kerana disyaki memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol, di sekitar Petaling Jaya, malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 501 pengguna jalan raya dan 467 kenderaan.
Modenas

 

“Daripada jumlah itu seramai lima lelaki berusia 30 hingga 49 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan. Kita juga telah mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

 

Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.
 

“Sekali gus membahayakan keselamatan dan kematian kepada orang lain. Hasil tinjauan, kita mendapati masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.


Nik Ezanee memaklumkan, lima individu ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 45 (A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

 

 

 

sumber: SH

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Lebih mengejutkan, itu hanya statistik untuk tempoh enam bulan pertama bermula Januari hingga Jun…
Berita Global
Ia mengundang bahaya terutama kepada pengguna jalan raya yang memandu kenderaan pada malam atau…
Berita Domestik
  Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal fokus utama operasi dilaksanakan…