Op Alkohol: Tiga lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Tiga lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan pada Op Alkohol dan cegah jenayah di sekitar daerah Petaling Jaya pada Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, fokus utama operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu ialah bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya daripada memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tiga lelaki tempatan berusia 23 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

 

"Bukan itu saja malah kami turut memandang serius kesalahan pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang motosikal tanpa lesen sah," katanya dalam satu kenyataan.

 

Nik Ezanee berkata, 180 kenderaan dan 200 individu diperiksa. Pihaknya turut mengeluarkan 35 saman.

 

"Statistik laporan harian trafik sepanjang tempoh 24 jam semalam merekodkan, 23 individu dan 23 kenderaan diperiksa selain berlaku 28 kemalangan.

 

"Sebanyak 248 saman dikeluarkan selain lapan individu ditahan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…