Onyx Edition - Mercedes-AMG G 63 dengan kit badan super lebar!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin tiada siapa yang akan menyangka The Godfather of all SUVs ini bakal menerima talaan kosmetik seperti apa yang kami paparkan sebentar sahaja lagi. 

Oleh kerana rupa asas spesifikasi kilang Mercedes G 63 pun sudah cukup untuk menggetarkan hati dan tulang rusuk, ditambah pula dengan enjin V8 4.0 liter bi-turbo, kuasa 577 hp/850 Nm itu dan pecutan sepantas 4.5 saat dari pegun ke 100 km/j. 

 


Namun, untuk menjadikan ia tidak sama seperti adik-beradiknya yang lain, Onyx Concept selaku penala berprestij daripada UK telah memberikan nafas yang lebih kejam dan lebih berunsurkan bos kepada segala mafia pada G 63 ini. 

Dimulakan dengan kit badan lengkap seperti aero bumper hadapan, side sill, dan barangan daripada gentian karbon seperti liang sisi, peresap belakang, dan juga spoiler ekor itik.
 


Kit badan lebar juga dipasang dengan teliti untuk memuatkan rim Amethyst sebesar 22 inci dengan kemasan akhir berlian ataupun rim daripada Zircon mengikut kehendak pembeli. 

Untuk menggerakkan SUV lebar ini dengan mudah, enjin asal M177 DE40 LA bentangan V8 ini telah ditala semula bagi menghasilkan kuasa setinggi 720 kuasa kuda! 
 


Menurut Onyx Concept, kos pembikinan kit badan lebar lengkap untuk G-wagen ini hanyalah bernilai £200,000 (RM1.082 juta mengikut pertukaran matawang semasa) sahaja. 

Sebagai makluman, harga G-wagen AMG G 63 ini di pasaran Malaysia yang dilancarkan tahun lalu bermula dari RM1,464,888 sahaja atas jalan tanpa insurans. 
 

Baca: The Godfather of all SUVs - Mercedes-AMG G 63 di Malaysia

Sumber: Onyx Concept