Omoda O5 GT 2023 lancar di Mexico, tampil dengan muka depan ala Lexus

oleh Mohamad Hanif|
Omoda, salah satu jenama di bawah naungan Chery telah melancarkan sebuah sedan segmen C untuk pasaran Mexico, iaitu Omoda O5 GT.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Sedan sporti ini sebenarnya merupakan versi tukar lencana daripada model Chery Arrizo 5 GT yang muncul di China pada tahun lepas.

Dari segi luaran, Omoda O5 GT dilihat banyak mengambil inspirasi rekaan daripada Lexus, terutama pada bahagian depan.
 

O5 GT


Anda boleh melihat rekaan jeriji spindle, diikuti dengan unit lampu yang agak tajam, lampu nyalaan siang DRL berbentuk L yang hampir sama dengan model Lexus masa kini, serta liang kemasukan menegak yang ditiru daripada model Toyota.

Rekaan lampu belakang diberikan kemasan asap, dengan rekaan seakan bentuk lampu Vios generasi terdahulu diikuti dengan grafik yang lebih moden.

Sedan ini membawakan ukuran sepanjang 4,691 mm, lebar 1,814 mm, dan tinggi 1,493 mm.
 

O5


Mengikut hierarki model, O5 GT secara asasnya merupakan varian berprestasi tinggi untuk keluarga sedan O5.

Disebabkan itu, ia mendapat enjin empat silinder sebaris Kunpeng 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 194 hp dan 290 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang memacu roda depan.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa sekitar enam saat sahaja.
 

5


Susun atur ruang kabin pula lebih kemas dan minimalis, menampilkan panel melintang yang menempatkan dua skrin 10.25 inci, kemasan trim karbon palsu, tempat duduk jenis bucket, konsol tengah yang agak lebar, pedal aluminium serta fungsi pemanas dan ventilasi untuk varian tertinggi.

Setakat ini, harga jualan untuk sedan Omoda O5 GT masih lagi belum diumumkan, namun model sedan itu juga dijangka akan dieksport ke pasaran lain termasuklah Rusia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Omoda Sepanyol merupakan syarikat usaha sama antara Spanish Ebro-EV Motors dan Chinese Chery…
Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…