Oktober 2023: UMW Toyota catat jualan bulanan 10,931 unit, tertinggi dalam tempoh lima tahun!

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor mengakhiri Oktober 2023 dengan jumlah jualan bulanan sebanyak 10,931 unit, jumlah jualan bulanan tertinggi untuk tempoh lima tahun yang terdiri daripada 10,709 unit Toyota dan 222 unit Lexus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah jualan untuk tempoh Januari-Oktober tahun ini mencecah angka 87,422 unit, peningkatan 9.1 peratus berbanding 80,153 unit untuk tempoh yang sama tahun lepas.

UMW Toyota turut melakukan penambahbaikan berterusan terhadap kompleks pemasangan kenderaan di Bukit Raja dan Shah Alam, menunjukkan komitmen mereka untuk memperhalusi proses produksi, menjadikan operasi lebih kemas dan peningkatan kapasiti pengeluaran.

Integrasi amalan yang lebih mampan serta teknologi termaju pada kedua-dua fasiliti turut menunjukkan dedikasi UMWT terhadap kaedah pengeluaran yang lebih bertanggungjawab dan cekap, sekaligus menetapkan standard baharu dalam industri automotif.
 

umwt


Selain daripada itu, UMWT baru-baru telah melancarkan model baharu Toyota Alphard & Vellfire yang mampu mengukuhkan lagi kedudukan Toyota di dalam segmen MPV.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, "dalam lanskap automotif yang sedang berkembang, Toyota Alphard dan Vellfire mampu berdiri teguh sebagai mercu tanda inovasi dan kecanggihan.

"Model baharu itu menetapkan standard baharu dari segi kemewahan dan prestasi terutama di dalam segmen MPV, mencerminkan komitmen kami dalam menawarkan kenderaan yang dapat melangkaui jangkaan pelanggan.

Sepanjang bulan November ini, UMW Toyota melancarkan beberapa kempen menarik di bawah promosi "Celebrate the Symphony of Lights".

Pelanggan Toyota kini berpeluang mendapatkan pembiayaan 100 peratus untuk beberapa model terpilih, serta promosi sehingga RM15,000 yang merangkumi kesemua 12 model Toyota termasuklah Toyota Vios dan Toyota Yaris.

Selain itu, program Toyota Service Savers turut menawarkan bayaran bulanan serendah RM18.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…