Recall - Lebih 520 ribu unit model Nissan dipanggil semula, libatkan masalah pada enjin

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada awal tahun ini di Jepun, Nissan Motor Co. telah mengadakan kempen recall yang melibatkan lebih 520,000 kenderaan termasuk model rebadge Suzuki dengan risiko kerosakan pada komponen elektrikal enjin.

Menurut Kementerian Tanah, Pengangkutan, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Nissan telah memanggil semula lebih 527,491 unit kenderaan yang melibatkan model X-Trail, Serena dan Suzuki Landy yang merupakan model rebadge Serena.

Nissan telah menerima lebih 3,963 laporan yang berpunca dari masalah tersebut dimana ianya melibatkan komponen motor elektrik untuk sistem "idling stop".

Menurut kementerian itu juga, setakat ini terdapat 11 kes kereta yang terbakar disebabkan oleh isu kerosakan tersebut.

 

2

 

Dari jumlah keseluruhan itu, 277,462 unit daripadanya merupakan model yang dihasilkan dari September 2010 hingga June 2017, yang berisiko untuk berlaku kebakaran.

Menurut kementerian itu lagi, bearing di dalam motor elektrik itu tidak ditutup dengan kemas, menyebabkan ianya terdedah kepada kotoran dan bahan asing lain.

Manakala baki 250,029 unit pula libatkan model dihasilkan dari June 2012 hingga June 2016 dengan risiko untuk enjin mati.

 

Sumber: Kyodo News

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun dari syarikat sama kedua-duanya tampil dengan identiti sendiri dan tugas pengeluaran…
Berita Global
  Kuro bukan baharu, Nissan menggunakannya pada edisi istimewa Juke tahun 2011 lagi. Satu idea…
Berita Global
  Pilih kesemuanya untuk dijadikan koleksi? Idea bagus. Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan…