Jentera tersebut diserahkan (disumbangkan) oleh Nissan sendiri di dalam satu majlis penyerahan rasmi yang diadakan di balai polis daerah Tochigi.
Dengan rekaan tradisi warna panda yang sinonim dengan simbol kepolisan di Jepun, R35 tersebut turut dilengkapi dengan light bar, siren dan lampu beacon pada gril hadapan.
Menurut Nissan, selain daripada tujuan asal bagi membantu mengawal jalan raya di sana, penggunaan R35 ini juga turut digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak (dan juga orang dewasa mungkin?) di dalam sektor yang lain seperti pelancongan dan acara tempatan.
Konsep yang sama digunakan oleh pasukan polis Dubai dengan barisan supercar mereka.
Ini bukan kali pertama sebuah kereta berprestasi tinggi menyertai pasukan polis di Jepun, sebelum ini Nissan Skyline R34 GT-R, Honda NSX, Toyota Soarer, Mazda RX-7 dan Mitsubishi 3000GT juga turut diserapkan ke dalam pasukan polis di Jepun selain daripada kereta-kereta peronda biasa.