Nissan Navara NP300 facelift dikesan di Thailand - bawakan elemen dari Titan

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah trak pikap yang bakal memberikan saingan kepada Triton, Ranger, dan Hilux, Nissan Navara NP300 dijangka bakal menerima model facelift dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berdasarkan kelibat model ujian yang dikesan di Thailand oleh Headlightmag yang menampilkan trak pikap berwarna putih dengan pelekat samaran yang minima.

Perubahan ketara yang dibawakan adalah reka bentuk gril hadapan yang lebih besar dan diinspirasikan daripada model trak pikap saiz penuh Nissan Titan.

 

trak pikap saiz penuh Nissan Titan


Beberapa laporan terdahulu mencadangkan Nissan Navara NP300 Minor Change ini bakal menerima nadi 2.3 liter diesel turbo yang kini menduduki perut SUV Terra.

Enjin dengan kod YS23DDTT itu mampu menghasilkan 190 PS dan 450 Nm dan digandingkan dengan transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan.

Selain daripada itu, Nissan juga mungkin akan melengkapkan Navara NP300 dengan ciri keselamatan Safety Shield 360 yang mampu meletakkannya sama tinggi dengan trak pikap Hilux, Triton dan Ranger sedia ada.

Tiada sebarang tarikh rasmi dikeluarkan buat masa ini, tunggu sahaja kemunculannya dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…