Unit ujian Mitsubishi Triton 2024 dikesan, guna platform Navara

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Drive
Trak pikap Triton dengan muka tajam Dynamic Shield yang diperkenalkan pada tahun 2019 itu sebenarnya bukanlah model generasi baharu, sebaliknya ia merupakan versi facelift kepada model generasi kelima yang telah dijual sejak tahun 2015.

Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang sarat dengan pelekat samaran telah berjaya dikesan seperti yang dilaporkan oleh laman web Drive.
 

triton


Tidak seperti unit ujian terdahulu yang masih lagi menggunakan badan Triton asal (dan bentuk sedikit aneh), unit yang dikesan kali ini dilapor menggunakan asas daripada trak pikap Nissan Navara dan bakal menggunakan bahasa rekaan Mitsubishi yang terkini.

Baca: Gambar intip Mitsubishi Triton di Sweden

Di sebalik pelekat samaran itu, kita boleh mengagak Triton baharu bakal menampilkan rekaan unit lampu depan jenis bertindih, di mana lampu nyalaan siang DRL berada di posisi atas lampu utama.
 

Triton


Rekaan gril pula dilihat membawakan bentuk empat segi yang menempatkan logo Mitsubishi berbalut dengan gugusan penderia yang akan digunakan untuk kawalan jelajah radar dan sistem keselamatan aktif.

Dengan menggunakan platform baharu, Triton 2024 bakal menampilkan jarak antara roda yang lebih panjang, jarak trek yang lebih lebar di mana ia mampu menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik serta peningkatan ruang kabin dan kapasiti storan.

Mitsubishi dijangka akan memperkenalkan Triton baharu secara rasmi menjelang separuh pertama tahun hadapan (2023).

Sumber: Drive

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sebelum ini juga model tersebut telah dikesan sedang diuji di UK, kini syarikat yang bertapak di…
Berita Global
Jika sebelum ini Lotus sudah memperlihatkan kereta hiper Evija dan SUV elektrik Eletre, model…
Berita Global
Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang…