Nissan Navara facelift 2019 dilengkapi ciri brek cakera keliling

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasaran trak pikap nyata merupakan satu segmen penting yang menjadi nadi penggerak serta gaya hidup terkini masyarakat moden, dan untuk kekal bersaing spesifikasinya juga haruslah mampu menarik perhatian. 

Tidak terkecuali, Nissan telah memberikan sedikit nafas baharu kepada trak pikap Navara bagi tahun ini, walaupun perubahan tersebut tidaklah begitu ketara jika diimbas sekali pandang. 

Ini kerana Nissan lebih memfokuskan kepada perubahan dalaman seperti nadi kuasa dan ciri teknikal yang lain supaya ia mampu berdaya saing dengan trak pikap yang ada di pasaran.
 


Kita mulakan dengan bahagian luaran dahulu, di mana unit lampu utama trak pikap ini telah diberikan sedikit perubahan dengan tema warna gelap di dalam perumah lampu supaya tampak lebih menyerlah. 

Entah kenapa, rekaan gril V-motion yang menjadi lambang kenderaan Nissan moden tidak pula diaplikasikan pada trak pikap ini. 

Namun, apa yang lebih ketara dilakukan oleh Nissan adalah peningkatan sebanyak 25 mm lebih tinggi terhadap sistem suspensi belakang untuk pengendalian yang lebih baik ketika off-road dan ketika mengangkut muatan kargo. 
 


Selain daripada itu, Nissan telah membuang brek dram di belakang dan menggantikannya dengan sistem brek cakera keliling pada keempat-empat sudut trak pikap ini bagi memberikan kuasa penghentian yang lebih baik. 

Di bahagian dalaman pula, sistem infotainmen skrin sentuh serba baharu "Nissan Connect" bersaiz 8 inci telah dimuatkan dan didatangkan dengan ciri sambungan kepada Apple CarPlay. 
 


Dengan sambungan terhadap aplikasi mudah alih, pengguna boleh menyemak status terkini kenderaan seperti kapasiti bahan api, mengunci pintu dan menentukan lokasi sebenar kenderaan yang diparkir. 

Ciri keselamatan pula turut lengkap dengan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi ciri kamera keliling pintar, brek kecemasan, bantuan mula mendaki dan bantuan menurun bukit curam. 
 


Nadi kuasa diesel pula turut dipertingkat dengan enjin 2.3 liter turbo yang mampu menghasilkan 163 PS dan 190 PS dan memenuhi tahap piawaian pelepasan emisi Euro 6d. 

Nissan Navara 2019 Facelift ini akan ditawarkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan kepada pasaran lain dalam masa beberapa bulan akan datang. 

Sumber: AutoIndustriya

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…