Nissan LEAF facelift 2020 - lebih ciri keselamatan untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Disember 2010 merupakan tahun pertama pengenalan hatchback berkuasa elektrik paling laris terjual di dunia, Nissan LEAF dan bersempena dengan ulang tahun yang ke-10, Nissan kini mendatangkan sedikit kemaskini kepada EV pertama mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disasarkan pelancarannya di negara tanah kelahiran Nissan, LEAF 2020 membawakan kemaskini keselamatan yang lebih menyeluruh seperti:

  • ciri bantuan pemanduan ProPilot dengan kawalan kelajuan dan parkir yang ditambahbaik
  • Intelligent Blind Spot Intervention
  • Canto - sistem bantuan berbunyi bagi tujuan kesedaran para pengguna jalan raya dan penjalan kaki
     

 


Tatkala tiada perubahan yang ketara di bahagian imej fizikal, Nissan lebih menumpukan perhatian kepada sistem infotainmen Nissan LEAF, di mana ia kini hadir dengan sistem standard bersaiz 9 inci yang lebih mesra pengguna. 

Antara kemaskini yang dibawakan termasuklah fungsi navigasi pintu-ke-pintu (Door-to-Door Navigation), Docomo in Car Connect yang menawarkan zon WiFi, ciri kemaskini over-the-air, serta sistem carian Google yang diperkenalkan buat kali pertama untuk kenderaan Nissan. 
 


Ciri sambungan kepada aplikasi peranti pintar juga turut disertakan dimana pengguna boleh menggunakan ciri My Car Check untuk memeriksa status kenderaan semasa menerusi peranti pintar masing-masing. 

Selain daripada Nissan LEAF standard, Nissan juga turut menawarkan LEAF Autech, di mana menampilkan beberapa elemen kosmetik seperti kemasan metalik pada bumper, gril, side sills, lampu utama LED dengan corak unik, emblem Autech serta rim unik bersaiz 17 inci. 

 


Dua warna baharu ditawarkan pada Nissan LEAF iaitu Vivid Blue dan Stealth Gray, manakala versi Autech pula menerima warna Aurora Flare Blue Pearl yang digandingkan dengan bumbung Super Black. 

Harga jualan Nissan LEAF di Jepun bermula dari ¥3,326,400 (RM125 ribu) untuk versi standard, manakala versi LEAF Autech pula dari ¥4,094,200 (RM154,463). 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…