Portable Battery from LEAF, bateri EV yang tak perlu dibuang dan diguna semula

oleh Muhammad Md Tajudin|
Portable Battery from LEAF
Portable Battery from LEAF
Di sebalik populariti kenderaan elektrik (EV) timbul persoalan apa bakal terjadi pada bateri yang besar dan berat tersebut? Lupus begitu sahaja?

Nissan mempunyai penyelesaian dan kegunaan bateri EV boleh dipanjangkan.

Tiga syarikat Jepun iaitu Nissan, JVC KENWOOD dan 4R Energy telah bekerjasama dan membangunkan bateri mudah alih yang dikitar semula dari Nissan LEAF.

Bukan sekadar makluman, bateri itu mula ditawarkan pengedar Nissan di Jepun pada 1 September. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
Portable Battery from LEAF

 

JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini dibuat daripada bateri yang telah digunakan pada Nissan LEAF. 

Bateri itu masih lagi mempunyai baki tenaga yang tinggi dan selamat untuk diguna semula. 

Faedah daripada program sebegini ialah pengurangan pelepasan karbon dioksida dan menyumbang kepada kelestarian.

 

Portable Battery from LEAF

 

Ciri-ciri produk:

  • Boleh diguna di dalam kereta: Tahan panas dan sejuk, boleh diguna dan disimpan di dalam kereta dengan suhu -20º C hingga 60º C
  • Boleh simpan lama: Mempunyai kadar nyahcas yang sedikit dan boleh disimpan pada waktu yang lama. Boleh diguna sebagai bekalan kuasa semasa bencana
  • Boleh cas semula: Kitaran pengecasan sehingga 2,000 kali. Boleh diguna untuk tempoh yang lama

Untuk projek ini, Nissan berkongsi pengetahuan yang diperolehi dari perancangan produk dan pembangunan kenderaan.

 

Portable Battery from LEAF

 

JVC KENWOOD pula memanfaatkan teknologi dan pengetahuan dari pembangunan perkakasan dalam kereta seperti sistem navigasi dan perakam kenderaan.

Syarikat juga berpengalaman dalam pembekalan kuasa mudah alih. 

4R Energy sedang membangunkan bateri LEAF untuk kegunaan kedua dan membekalkan bateri yang dioptimumkan untuk sumber kuasa mudah alih.

Portable Battery from LEAF dijual pada harga yen (RM5,431).

 

Portable Battery from LEAF

 

Spesifikasi produk:

  • Jenis bateri: Litium-ion boleh cas (bateri kitar semula)
  • Kapasiti bateri: 633Wj
  • Output AC: [AC×2] 100V AC 50/60Hz Total 600W (maksimum 1,200W), 900W 
  • Output USB: [USB type-C™] 5V DC 3A, [USB type-C™] 5V/9V/15V/20V DC 3A (maksimum 60 W), [USB type-A×2] 5V DC 1.5A
  • Output soket pencucuh rokok: 12V DC 10A maksimum 120W
  • Masa pengecasan: 9.5 jam (penyesuai AC), 14 jam (penyesuai pencucuh rokok)
  • Julat suhu pengecasan: 0°C hingga 45°C
  • Julat suhu pengoperasian: -20°C to 60°C (terhenti apabila suhu bateri melebihi 60°C)
  • Dimensi: 370mm (L) x 205mm (T) x 282mm (P)
  • Berat: 14.4 kg
  • Kitaran pengecasan: 2,000 kali

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

 

Portable Battery from LEAF

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model generasi pertama, Nissan Juke generasi kedua ini sebenarnya tidak memerlukan…
Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Selain van kotak, Interstar ditawarkan dalam pilihan badan jongket (tipper) dan bukaan tepi (…