Di atas keperihatinan ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah melancarkan Bilik Pameran Dalam Talian Nissan untuk mempermudah dan membolehkan pelanggan yang berminat dengan jenama kenderaan Nissan, mengakses menerusi laman web rasmi syarikat itu.
Laman web tersebut telah dikemaskini dan dipertingkat bagi membolehkan pelanggan mengemukakan borang untuk pertanyaan lanjut mengenai jualan atau mengatur tempahan kenderaan.
Dalam tempoh 24 jam selepas borang dihantar, anda akan dihubungi oleh wakil jualan Nissan.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan janji temu untuk sesi pandu uji selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.
Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut seperti mana yang tertera di bawah:
Menurut ETCM, semua proses pendaftaran dan penyerahan kereta akan diteruskan selepas PKP.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Nissan Customer Car Centre di talian 1800-88-3838 atau lawati laman web rasmi di sini.