Nissan Elgrand Highway Star Jet Black Urban Chrome 2020 - panjangnya nama!

oleh Mohamad Hanif|
Memandu di jalan raya Malaysia memang tidak sah kalau tiada kelibat kembar Alphard/Vellfire melata.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boleh kata ia sebenarnya merupakan kenderaan sasaran baik orang kaya, orang yang acah kaya, ahli politik ataupun budak MLM (ada lagi ke orang layan MLM sekarang ni?).

Disebabkan kebanjiran model Alphard/Vellfire inilah ramai yang terlupa pesaing rapatnya, Nissan Elgrand dengan rupa paras yang boleh tahan premium juga. 
 


Kita kembali semula ke Tokyo Auto Salon 2020 di mana Nissan telah memperkenalkan sebuah model edisi khas yang digelar sebagai Nissan Elgrand Highway Star Jet Black Urban Chrome. 

Pernah dengar? Ya, Nissan Jepun pernah membuat penawaran yang serupa pada tahun 2018 dan melihatkan kepada permintaan yang kuat di sana, Nissan sekali lagi memperkenalkan model dengan nama yang sama untuk tahun 2020. 

Dari segi luaran, ia membawakan layangan warna hitam Jet Black, elemen pada gril hadapan serta perumah lampu kabus, manakala set rim bersaiz 18 inci pula dilayangkan warna Dark Graphite. 
 


Walaupun Jet Black di luar, dalaman pula tidaklah se-Jet Black yang disangka. 

Ruang kabin Elgrand ini menerima sentuhan kulit premium berwarna tan, selain jahitan warna tan pada panel pintu, elemen kayu pada papan pemuka, pintu dan juga pada roda stereng balutan kulit. 

Baris kedua menerima ciri kerusi kapten yang turut dilengkapkan dengan ciri perehat kaki. 
 


Ciri standard yang ditawarkan termasuklah sistem navigasi NissanConnect, Around View Monitor, sistem infotainmen pada tempat duduk belakang, pintu gelongsor dengan fungsi satu sentuhan serta tailgate berkuasa. 

Harga jualan pula adalah seperti berikut:

Nissan Elgrand 2.5 liter - ¥4,373,600 (RM162,028)
Nissan Elgrand 3.5 liter V6 - ¥5,442,800 (RM201,638)
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elgrand generasi ketiga (E52) dikeluarkan pada tahun 2010 dan walaupun sudah tidak dijual secara…